Malu dah berusia masih lagi tak boleh membaca al quran

Itulah masalah yang dihadapi oleh pelajar kami sebelum ni, tonton video di bawah untuk ketahui apa kata mereka atau anda boleh terus hubungi kami dengan tekan butang di bawah

Apa Kata Pelajar Kami

Dah tonton video di atas? jangan risau anda bukan keseorangan yang menghadapi masalah ketika membaca al Quran. Sebelum mengikuti kelas di ngajipro, semua pelajar kami mempunyai masalah yang sama. Tapi kini selepas mengikuti kelas bersama kami, hampir kesemua pelajar kami berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan di ngajipro, perubahan mereka yang bermula dari kelas Asas sehingga boleh membaca adalah jaminan kami kepada anda. Kini giliran anda untuk turut bersama keluarga ngajipro.

Adakah anda mengalami situasi yang sama

Sebenarnya banyak lagi masalah yang tak kami senaraikan di sini, hakikatnya masih ramai diluar sana yang mempunyai masalah untuk membaca Al-Quran. Tapi Alhamdulilah Allah SWT telah gerakkan hati anda untuk mulakan pembelajaran Al Quran anda dengan mendaftar kelas bersama ngajipro

Kenapa Perlu Mempelajari Al Quran

Agar Ibadah Sah

Bila bacaan Surah Al Fatihah di baca salah, maka solat kita tak sah dan tidak diterima. Perlunya mempelajari Al Quran untuk mengetahui tempat kesalahan yang sering berlaku

Tuntutan Agama

Mempelajari Al Quran adalah tuntutan dalam Islam kerana Al Quran adalah buku panduan dan rujukan kita. langkah pertama untuk memahami Alquran adalah dengan mampu membacanya dengan baik

Ketenangan Diri

Apabila anda mahir untuk membaca Al-Quran, InsyaAllah anda akan merasakan ketenangan diri dalam apa jua yang dilakukan. Orang Yang hatinya sentiasa resah adalah kerana kurangnya membaca Al Quran.

Memberi Manfaat

Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran kepada orang lain. InsyaAllah selepas kelas ini, anda mampu mengajarkan kepada orang lain, Jadilah Manusia yang terbaik.

Bagaimana Ngajipro Boleh Membantu Anda?

Pembelajaran Sistematik

Setiap kelas mengikut tahap dan tempoh yang telah ditetapkan untuk pelajar bagi memastikan mutu pembelajaran terjaga. Kelas dibahagikan kepada tiga tahap iaitu permulaan Kelas Asas diikuti dengan Kelas tajwid dan seterusnya Kelas talaqqi.

Mudah difahami

Modul yang yang digunakan adalah ringkas dan padat sesuai untuk pelajar yang baru mula untuk mempelajari Al Quran. Sewaktu pembelajaran kami akan menerangkan setiap bab pelajaran dengan gaya bahasa yang mudah di fahami.

Sesuai untuk Semua

Di ngajipro kelas dijalankan untuk semua peringkat umur. Terdapat Kelas KANAK-KANAK dan juga Kelas DEWASA. Kedua-dua kelas dikhususkan mengikut umur. Ada dua kaedah kelas yang boleh anda pilih iaitu kelas secara fizikal ke centre kami dan juga secara online.

Guru Terlatih

Kebanyakkan guru terdiri daripada Al-Hafiz dan bertauliah serta mempunyai Sanad Bacaan Al Quran. Kami sentiasa memastikan guru dilatih bagi memastikan mutu pengajaran yang memuaskan untuk pembelajaran yang efektif.

Tak bosan dan mengantuk

Kaedah pembelajaran kami mengamalkan konsep pembelajaran beraktiviti, Setiap pelajaran akan disertakan dengan latihan. Guru kami sentiasa memastikan kelas yang ceria dan pelajar mempelajari al Quran secara santai dan seronok.

Pengukuhan Percuma

Setiap pelajar akan mendapat sesi pengukuhan secara Percuma bagi memantapkan lagi kefahaman mereka. Di ngajipro kami akan pastikan pelajar benar-benar faham apa yang mereka pelajari di dalam kelas dan ini adalah jaminan kami.

Kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka yang ingin mempelajari Al-Quran agar mereka boleh membacanya dengan sebaik-baik bacaan. Tetapi untuk berubah datangnya dari diri anda sendiri, keputusannya di tangan anda. Sampai bila nak tangguh buatlah keputsan sekarang tanpa menoleh belakang.

Tak kenal maka tak cinta

Kenali kami

Kelas Pengajian Al Quran NgajiPro telah beroperasi dari tahun 2016 sehingga kini telah membantu hampir 600 pelajar menguasai kemahiran membaca al quran dari ZERO tanpa pengetahuan ASAS sehingga mampu membaca dengan baik. Pusat pengajian kami berpusat di Skudai, Johor menjalankan Kelas Pengajian Al Quran secara fizikal dan juga secara di atas talian (online) menjalankan kelas mengikut tahap yang bermula daripada peringkat ASAS, TAJWID dan TALAQQI untuk semua golongan umur khususnya dewasa dengan kaedah yang mudah, cepat dan sistematik.

0 +
Pelajar yang telah dibantu
0 %
Yang Berpuas Hati
0
Pilihan Kelas

Ikuti Kelas Mengikut Tahap

Tahap Kelas

Konsep pembelajaran di ngajipro adalah mengikut tahap dan peringkat yang bersesuaian dengan pelajar. Kami akan memastikan pelajar memasuki kelas yang betul bagi memastikan mutu, kualiti pembelajaran dan kefahaman pelajar terjaga. Ada tiga kelas yang boleh di pilih bermula daripada Pro Asas, Pro Tajwid dan Pro Talaqqi. 

PRO ASAS

PRO TAJWID

PRO TALAQQI

Suasana di kelas

APA KATA MEREKA

Anda masih lagi berfikir?

Anda Patut Tonton Video Dibawah Jika Anda Ingin Tahu Bertapa PENTINGNYA belajar Al-Quran

Jika Anda Dah Tonton video diatas, Pasti Anda Faham Pentingnya Belajar Al-Quran.

Jadi jika anda rasa anda dalam golongan yang ingin dibantu. Jangan malu jangan segan, jom bersama kami di ngajipro. Kami Akan Bantu Anda Untuk Menguasai Al-Quran.

JOM sertai kami untuk pengambilan BULAN ini

Dengan kaedah yang unik dan pembelajaran yang sistematik. InsyaAllah anda akan seronok mempelajari Al-Quran walaupun anda masih lagi belum boleh membaca Al-Quran. Jom sertai kelas kami. Sesunggungnya ANDA BELUM LAGI TERLAMBAT UNTUK MENGUBAH DIRI ANDA JIKA ANDA SUDAH LAMA MENINGGALKAN AL-QURAN.

Pendaftaran akan ditutup sekiranya Jam dibawah Menunjukkan angka 00. Waktu Mendaftar Tinggal...

Days
Hours
Minutes
Seconds

P.S.: Kelas Ini Sangat-Sangat Terhad Kepada 15 Orang Sahaja. Mungkin Ini Kali Terakhir Anda Jumpa Laman Ini. Jadi Jangan Lepaskan Peluang Untuk Mendaftar

Soalan Lazim

Boleh InsyaAllah kelas kami di sini bermula dari ZERO iaitu dari Asas permulaan mengenal huruf dan tanda baca.

Kebanyakkan pelajar kami yang ikuti kelas Asas tidak boleh membaca al-Quran lagi malah ada yang tak kenal huruf.

Tapi Alhamdullilah, dengan izin Allah SWT kini mereka sudah boleh membaca malah ada yang telah Khatam Al Quran bersama-sama dengan kami. 

Yang penting kena ada ketekunan dan kesungguhan untuk belajar dan istiqomah serta tidak mengalah.

Kalau dah boleh mengaji tetapi masih belum lancar, anda boleh mengikuti kelas tajwid ataupun kelas tarkiz iaitu kelas peralihan dari kelas asas ke kelas tajwid.

Di kedua dua kelas ini menfokuskan kepada kelancaran bacaan.

Kelas dua kali seminggu, Di mana kelas pertama adalah sesi kelas pembelajaran selama 2 jam dan kelas kedua adalah sesi kelas pengukuhan selama 1 jam 30 minit, bersamaan 14 jam sebulan anda akan mempelajari Al Quran bersama kami.

Ada bayaran serendah rm100 sebulan. Bayaran inilah yang kami gunakan untuk menampung segala kos-kos operasi seperti bayaran sewa kedai, bil elektrik, air, kos penyenggelaraan dan gaji guru.

Pelaburan yang anda buat untuk mengikuti kelas al quran ini sebenarnya tidak ternilai denga ilmu yang akan anda perolehi.

Adapun begitu kami ada menyediakan kelas percuma di FB kami secara online setiap hari isnin hingga jumaat boleh ikutinya di sini fb.me/ngajipro

Ada Alhamdulillah dengan izin Allah memang pelajar yang ikuti kelas itu tak tahu langsung nak membaca. Namun kini sudah boleh membaca dengan baik.

Malah ramai kini yang sudah memasuki kelas Talaqqi untuk khatamkan Al Quran bersama kami.

Lebih baik jumpa kami di centre

Tak kenal maka tak cinta. kami doakan anda membuat pilihan tepat

Pusat Pengajian Baitul Furqan@ngajipro
64A, Jalan Pendekar 18,
Taman Ungku Tun Aminah,
81300, Skudai, Johor.

TEL    : 016 – 717 8471 / 07 – 5708112
email : jomngajipro@gmail.com